no body can describe it..:)

no body can describe it..:)

Thursday, 14 November 2013

CINTA ITU!

CINTA
Cinta. Apa itu cinta? Cinta banyak Tafsirannya yang tersendiri. Ada juga yang menyatakan, cinta itu nyawa, cinta itu buta, cinta itu berharga, bahkan ada yang mentafsirkan cinta itu adalah nafsu. Namun, pelbagai tafsiran mengenai cinta tiada salah dan benarnya. Setiap manusia mempunyai cinta dalam hatinya yang tersendiri. Kita sebagai manusia dan hamba- Nya yang masih mentah dalam dunia kehidupan selalu khilaf dalam mentafsir cinta.  Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta wujud disebabkan rasa sayang dan kasih dalam jiwa. Sebagai contoh, cinta terhadap seseorang kepada hamba Allahnya. Cinta terhadap pasangannya, samaada lelaki ataupun perempuan. Namun begitu, cinta ini banyak yang membuatkan manusia lalai dalam kehidupan mereka. Sumpah janji setia, kasih saying tercipta hanyalah pepatah –pepatah yang bisa hilang tika ombak menhempas pantai, tika angina meniup awan, serta bila hujan membasahi bumi yang indah. Remaja, yang sering lalai kerna cinta ini sanggup mengetepikan segala adab dan tauhid dalam diri mereka. Kita sebagai manusia yang mempunyai akal harus bijak memilih cinta. Cinta yang hanya berlandaskan nafsu bukan sahaja menjadi dosa bahkan boleh mengaibkan diri dan keluarga kita sendiri. Namun, perasaan cinta terhadap seseorang sukar untuk dipadamkan. Oleh itu, kita diberi peluang untuk memperbetulkan kisah cinta kita dengan redha-Nya. Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Selain itu, cinta terhadap keluarga. Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Keluarga merupakan cinta kita yang kukuh dalam jiwa. Mencintai ahli keluarga mampu memberi ketenangan dan keabadian yang tersendiri dalam jiwa. Kasih cinta terhadap keluarga memberi motivasi untuk kita berusaha dalam kehidupan yang sementara. Mencintai dan menyayangi ahli kelaurga mampu mengiratkan silaturahim dan kasih kekal sampai mati. Hal ini kerana, pertalian darah yang mengalir adalah sama antara satu sama lain. Wujudnya cintai dan mencintai terhadap sesama ahli keluarga merupakan jalan terbaik untuk menuju kebahagian dalam kehidupan.
Cinta terhadap diri sendiri. Mencintai diri sentiasa mampu mengubah hidup kita dengan lebih baik. Kita wajib untuk mencintai diri sendiri untuk menjaga tatatertib dan iman dalam diri. Kita tidak seharusnya meletakkan cinta kita lebih dari mencintai diri kita dan cinta terhadap Allah s.w.t. Hal ini kerana, mencintai diri sendiri mampu mendekatkan kita dengan ketenangan Illahi. Kita yang lebih mencintai diri orang lain daripada diri kita sendiri boleh menyebabkan diri kita lemah, tidak mempercayai cinta dan juga sentiasa tidak mendapat ketenangan yang sejati. Dengan itu juga, disebabkan perasaan itu, wujudlah persepssi kita terhadap keburukan cinta itu. Walhal kita sendiri jelas mengetahui sebenarnya cinta yang sebenar dalah suci, bersih, abadi, dan ketenangan.
Kita sebagai manusia yang sentiasa dalam khilaf haruslah bijak memilih cinta yang sebenar. Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. Ingatlah sahabat, jangan biarkan manusia yang tidak berguna menghancurkan tugu cinta suci kita.

No comments:

Post a Comment