no body can describe it..:)

no body can describe it..:)

Monday, 7 October 2013

minyak ohhh minyakk

Isu Kenaikan Harga Minyak

Sejak kebelakangan ini, isu kenaikan minyak menjadi perbualan yang semakin hangat, umpama pisang goreng di kalangan masyarakat di Malaysia. Kenaikan harga minyak petrol RON95 menyebabkan rakyat banyak bersuara bimbang atas kesan yang bakal dialami oleh masyarakat terutamanya bagi yang daripada golongan bawahan. Kenaikan harga minyak ini memberi impak yang besar terhadap masyarakat terutamanya kepada pemandu kereta dan motor dan juga para nelayan. Apabila harga minyak petrol naik, purata pengguna akan turut merasai kesan teori domino ke atas harga barang keperluan harian dan perkhidmatan. Sejak kebelakangan ini, kenaikan harga barang keperluan termasuk petrol seolah-olah menjadi perkara biasa namun, ia membebankan kepada golongan berpendapatan rendah. Tambahan lagi, kenaikan harga minyak ini bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Kenaikan harga minyak seluruh dunia menyebabkan ekonomi negara juga tutut terganggu.

Antara faktor kenaikan harga minyak adalah, kemelut harga minyak ini banyak dipengaruhi oleh permintaan minyak yang begitu tinggi dari negara China dan India. Kedua-dua negara ini sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang rancak lalu memerlukan jumlah minyak yang banyak untuk memenuhi keperluan industri mereka yang sedang berkembang pesat itu. Permintaan yang terlalu banyak ini telah menyebabkan harga minyak melambung kerana situasi ini mewujudkan tekanan terhadap keperluan minyak begitu jelas. Pada masa yang sama, keperluan permintaan minyak dunia begitu tinggi berbanding dengan tahap pengeluaran minyak yang sedia ada lalu menyebabkan harga melambung tinggi.

Selain itu, antara faktor lain ialah keadaan politik yang tidak stabil di rantau Asia Barat telah menjadikan harga minyak melambung tinggi. Peperangan bersama-sama tunjuk perasaan, rampasan kuasa dan ketidakstabilan politik di Iraq, Iran, Syria, Kuwait dan sebagainya menyebabkan banyak negara pembeli minyak berasa risau lalu membuat pembelian awal yang lebih banyak daripada pembelian biasa. Keadaan yang tidak stabil ini menyebabkan negara-negara pengeluar minyak yang lain mengambil kesempatan untuk meninggikan harga minyak untuk mengaut keuntungan segera daripada ketidakstabilan politik yang melanda rantau itu. Maka, keadaan politik yang tidak stabil di Asia Barat telah menyebabkan harga minyak melambung tinggi dengan begitu mudah.

Dengan ini, antara kesan daripada kenaikan harga minyak ini adalah, sektor industri juga turut menerima tempias apabila harga minyak naik. Kenaikan harga minyak memberi kesan terhadap peningkatan kepada kos pengangkutan seperti darat, udara dan air. Perkara ini secara langsung akan menyebabkan kos operasi meningkat.  Kenaikan tersebut ternyata memberi kesan kepada pengguna. Hal ini kerana, kenaikan harga minyak akan membawa masalah lain pula seperti kenaikan harga barang, harga perkhidmatan dan sebagainya. Tambahan lagi, hai ini disebabkan oleh peniaga yang menghadapi peningkatan kos operasi akan terus menaikkan harga barang-barang kerana tidak mahu terbeban dengan peningkatan kos tersebut. Lazimnya, apabila harga sesuatu barang menjadi lebih mahal, pengguna mungkin akan berubah kepada alternatif yang lain.

Sebagai kesimpulan, kekurangan jumlah penawaran minyak di pasaran antarabangsa menyebabkan harga minyak melambung kerana negara-negara lain turut memerlukan minyak dalam kuantiti yang banyak. Okeh itu, kita haruslah kerjasama yang lebih erat antara negara pengeluar dengan negara yang memerlukannya perlu dicapai kerana kegagalan membuat persetujuan bersama bakal menyaksikan harga bahan mentah utama dunia ini akan terus meningkat ke tahap yang begitu tinggi.

No comments:

Post a Comment