CINTA
Cinta.
Apa itu cinta? Cinta banyak Tafsirannya yang tersendiri. Ada juga yang
menyatakan, cinta itu nyawa, cinta itu buta, cinta itu berharga, bahkan ada
yang mentafsirkan cinta itu adalah nafsu. Namun, pelbagai tafsiran mengenai
cinta tiada salah dan benarnya. Setiap manusia mempunyai cinta dalam hatinya
yang tersendiri. Kita sebagai manusia dan hamba- Nya yang masih mentah dalam dunia
kehidupan selalu khilaf dalam mentafsir cinta. Walaupun
kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik.
Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci
murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta
wujud disebabkan rasa sayang dan kasih dalam jiwa. Sebagai contoh, cinta
terhadap seseorang kepada hamba Allahnya. Cinta terhadap pasangannya, samaada
lelaki ataupun perempuan. Namun begitu, cinta ini banyak yang membuatkan
manusia lalai dalam kehidupan mereka. Sumpah janji setia, kasih saying tercipta
hanyalah pepatah –pepatah yang bisa hilang tika ombak menhempas pantai, tika angina
meniup awan, serta bila hujan membasahi bumi yang indah. Remaja, yang sering
lalai kerna cinta ini sanggup mengetepikan segala adab dan tauhid dalam diri
mereka. Kita sebagai manusia yang mempunyai akal harus bijak memilih cinta.
Cinta yang hanya berlandaskan nafsu bukan sahaja menjadi dosa bahkan boleh
mengaibkan diri dan keluarga kita sendiri. Namun, perasaan cinta terhadap
seseorang sukar untuk dipadamkan. Oleh itu, kita diberi peluang untuk
memperbetulkan kisah cinta kita dengan redha-Nya. Bila sampai masanya di setiap
tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta
itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk
berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta
saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk
menyerah diri pada yang dicintai.
Selain
itu, cinta terhadap keluarga. Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia
sejak manusia itu lahir ke dunia. Keluarga merupakan cinta kita yang kukuh
dalam jiwa. Mencintai ahli keluarga mampu memberi ketenangan dan keabadian yang
tersendiri dalam jiwa. Kasih cinta terhadap keluarga memberi motivasi untuk
kita berusaha dalam kehidupan yang sementara. Mencintai dan menyayangi ahli
kelaurga mampu mengiratkan silaturahim dan kasih kekal sampai mati. Hal ini
kerana, pertalian darah yang mengalir adalah sama antara satu sama lain.
Wujudnya cintai dan mencintai terhadap sesama ahli keluarga merupakan jalan
terbaik untuk menuju kebahagian dalam kehidupan.
Cinta
terhadap diri sendiri. Mencintai diri sentiasa mampu mengubah hidup kita dengan
lebih baik. Kita wajib untuk mencintai diri sendiri untuk menjaga tatatertib
dan iman dalam diri. Kita tidak seharusnya meletakkan cinta kita lebih dari
mencintai diri kita dan cinta terhadap Allah s.w.t. Hal ini kerana, mencintai
diri sendiri mampu mendekatkan kita dengan ketenangan Illahi. Kita yang lebih
mencintai diri orang lain daripada diri kita sendiri boleh menyebabkan diri
kita lemah, tidak mempercayai cinta dan juga sentiasa tidak mendapat ketenangan
yang sejati. Dengan itu juga, disebabkan perasaan itu, wujudlah persepssi kita
terhadap keburukan cinta itu. Walhal kita sendiri jelas mengetahui sebenarnya
cinta yang sebenar dalah suci, bersih, abadi, dan ketenangan.
Kita
sebagai manusia yang sentiasa dalam khilaf haruslah bijak memilih cinta yang
sebenar. Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh
layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,
berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu,
gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai
satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal
selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. Ingatlah sahabat,
jangan biarkan manusia yang tidak berguna menghancurkan tugu cinta suci kita.